Warga emas ditahan edar rokok seludup

Suspek ditahan bersama beberapa karton rokok.
Suspek ditahan bersama beberapa karton rokok.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki berusia 64 tahun diberkas kerana dipercayai cuba mengedar 151 karton dan 209 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM40,764 di Jalan Malinja Taman Santalia, Tongkang Pecah di Batu Pahat, Johor pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Batalion 5 PGA dalam Op Kontraban sekitar jam 3 petang.

Menurutnya, siasatan lanjut telah membawa kepada rampasan yang kedua iaitu di sebuah premis beralamat di nombor 9, Jalan Malinja, Taman Santalia.

"Premis tersebut juga dipercayai dijadikan tempat menyimpan dan menjual rokok lari cukai.

“Suspek yang ditahan adalah pemilik premis berkenaan dan dipercayai bertanggungjawab membekalkan rokok seludup di sekitar kawasan Tongkang Pechah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dimin berkata, sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan dua buah telefon bimbit turut dirampas dalam operasi tersebut.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!