Kerani bank rugi RM7,000, disamun individu bertopeng

Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kerani bank berdepan detik cemas apabila disamun di kawasan parkir berhampiran sebuah plaza di bandar raya ini, pada Selasa lalu.

Akibat kejadian, lelaki berusia 46 tahun itu terpaksa menanggung kerugian RM7,000 dan kehilangan beberapa dokumen penting apabila begnya dilarikan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika mangsa dari Panji Alam, di sini, berjalan berseorangan di kawasan berkenaan sebelum tiba-tibanya badannya ditendang seseorang menyebabkan dia jatuh.

Menurut sumber, suspek yang memakai topeng menutup muka kemudian mengambil beg mangsa mengandungi pelbagai dokumen dan barangan berharga termasuk wang tunai RM7,000 sebelum melarikan diri.

Katanya, mangsa cuba mengejar suspek namun tidak berjaya sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

"Difahamkan, mangsa menjalankan perniagaan menjual pakaian dan wang berkenaan adalah duit modal bagi perniagaannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksan kerana melakukan samun.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!