Elaine dalam kelas tersendiri

Elaine Thompson-Herah meraikan kejayaan memenangi acara wanita 100m pada saingan Liga Berlian Eugene di Eugene, Oregon. FOTO: AFP
Elaine Thompson-Herah meraikan kejayaan memenangi acara wanita 100m pada saingan Liga Berlian Eugene di Eugene, Oregon. FOTO: AFP
A
A
A

JUARA Olimpik, Elaine Thompson-Herah meneruskan momentum positifnya di arena trek dan balapan apabila mencatat masa kedua terpantas sepanjang zaman dalam kategori wanita 100 meter (m) di Liga Berlian Eugene.

Atlet berusia 29 tahun itu yang mencipta impak berganda pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 100m-200m mencatat rekod baharu dunia dalam masa 10.54 saat (s).

Thompson-Herah mengatasi Shelly-Ann Fraser-Pryce kedua manakala Shericka Jackson pula di kedudukan ketiga sekali gus menyaksikan pentas podium menjadi milik atlet Jamaica.

“Untuk kembali dengan catatan peribadi terbaik selepas Tokyo 2020, ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Saya tidak pernah berlari sepantas ini dalam lima tahun,” kata Elaine.

Untuk rekod hanya pelari Amerika Syarikat (AS), Florence Griffith-Joyner sebelum ini mencatat masa terpantas apabila mencipta rekod dunia 10.49s pada 1988.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!