Penghuni PPR Hiliran gotong-royong hasilkan bendera terpanjang

Jalur Gemilang sepanjang 50 meter dipasang pada bangunan Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.
Jalur Gemilang sepanjang 50 meter dipasang pada bangunan Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Usaha penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan wajar dipuji kerana berjaya menghasilkan bendera sepanjang 50 meter yang menghiasi blok bangunan setinggi 17 tingkat itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Zamri Awang berkata, bendera gergasi sepanjang 50 meter itu dihasilkan secara bergotong-royong untuk dipasang di kediaman mereka.

Menurutnya, penduduk di kediaman itu mengumpulkan hampir RM1,500 untuk menghasilkan bendera terpanjang selain 2,000 bendera pelbagai saiz yang menghiasi bangunan dan persekitaran kawasan terbabit.

"Bendera terpanjang ini disiapkan dalam tempoh dua hari untuk dipasang di bangunan setinggi 17 tingkat.

Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran bergotong-royong menghasilkan bendera terpanjang sebagai persediaan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran bergotong-royong menghasilkan bendera terpanjang sebagai persediaan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

"Inisiatif ini dilakukan hampir saban tahun bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warganya selain untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan kali ini," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Sementara itu, wakil penduduk, Muhammad Daniel Hafiz berkata, usaha meraikan sambutan Hari Kebangsaan itu dilakukan tanpa mengambil kira latar belakang kaum dan agama.

"Kita sama-sama penduduk di sini tidak kira Melayu, Cina, India semua bersatu memasang Jalur Gemilang terpanjang ini bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu memasang bendera terpanjang bagi meraikan sambutan kemerdekaan tahun ini.
Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu memasang bendera terpanjang bagi meraikan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Senada dengan Muhammad Daniel, Yeow Kim Lien pula berkata, acara tahunan itu diambil bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain walaupun dalam kesibukan bekerja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!