Ibu Syamel meninggal dunia

Wan Faaizah (kanan) meninggal dunia jam 10 malam tadi. - Foto Instagram Syamel
Wan Faaizah (kanan) meninggal dunia jam 10 malam tadi. - Foto Instagram Syamel
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu penyanyi terkenal Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 10.09 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Berita sedih itu dikongsi Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.

"Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap penciptaNya pada pukul 10 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua. Terima kasih,” tulisnya yang terkenal dengan lagu Takkan Terlerai.

Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan Covid-19.

Ibunya juga tidak pernah mengalami masalah kesihatan kronik dan Allahyarham telah menerima rawatan di hospital hampir dua bulan serta terpaksa ditidurkan.

Menjengah di ruang komen Instagram suami kepada penyanyi Ernie Zakri, rata-rata rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ibu tercinta.

Antaranya, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Anuar Zain, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!