[VIDEO] Ismail Sabri mula tugas sebagai Perdana Menteri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama beliau memasuki pejabat Perdana Menteri bagi memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri kesembilan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
 Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).
 - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama beliau memasuki pejabat Perdana Menteri bagi memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri kesembilan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
 Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri memasuki pejabatnya pada jam 8.23 pagi.

Ismail Sabri, 61, melambaikan tangannya kepada petugas media yang menanti kehadirannya di hadapan bangunan Perdana Putra.

Beliau tiba di bangunan Perdana Putra.
Beliau tiba di bangunan Perdana Putra.

Beliau kemudiannya, mengimbas kad perakam waktu tepat jam 8.26 pagi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Beliau mengimbas kad perakam waktu tepat jam 8.26 pagi. - Foto Bernama
Beliau mengimbas kad perakam waktu tepat jam 8.26 pagi. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Ismail Sabri dijadualkan ke Kedah bagi meninjau keadaan dan mangsa banjir di Yan dan Kuala Muda yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu.

Ismail Sabri, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 18 Ogos lalu, Istana Negara menerima pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada 220 ahli Parlimen, masing-masing menerusi surat akuan (SD).

Mengikut SD berkenaan seramai 114 ahli Dewan Rakyat mencalonkan Ismail Sabri, sekali gus memperoleh jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!