Lebih 55 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin: JKJAV

Penerima vaksin yang hanya mahu dikenali sebagai Mastura, 22, adalah antara 1,300 penerima vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah membuat temu janji melalui MySejahtera. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 55.6 peratus atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya pada Isnin memaklumkan setakat Ahad juga, seramai 18,258,947 individu telah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan pada Ahad dengan 303,545 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!