Ribuan penduduk terputus bekalan elektrik ribut tropika Henri

Hujan lebat dan banjir diramal melanda seluruh wilayah itu.
Hujan lebat dan banjir diramal melanda seluruh wilayah itu.
A
A
A

NEW YORK - Ribut Tropika Henri dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam yang melanda Westerly, Rhode Island pada Ahad, mengakibatkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Amaran ribut tropika itu membabitkan kawasan pantai Connecticut dan Rhode Island sehingga ke Hamptons di bahagian timur Long Island, New York.

Lebih 100,000 kes gangguan bekalan elektrik dilaporkan di utara pantai timur, kebanyakan di kawasan Rhode Island, lapor Xinhua.

Sementara itu di New Jersey, sekurang-kurangnya 86 mangsa yang terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir berjaya diselamatkan, menurut Jabatan Keselamatan Awam Newark.

Kebanyakan lapangan terbang utama masih beroperasi tetapi ratusan penerbangan telah dibatalkan.

FlightAware, laman web berkaitan penerbangan melaporkan lebih 1,000 penerbangan keluar masuk dari Amerika Syarikat dibatalkan.

Sebahagian kawasan di New York, Connecticut, Pulau Rhode dan selatan Massachusetts mengalami hujan lebat dengan kelajuan tiupan angin mencecah 75 kilometer sejam yang mampu mengakibatkan banjir besar.

NHC dalam satu kenyataan memaklumkan ribut itu semakin lemah ketika melintasi Connecticut.

Artikel Berkaitan:

Ribut Henri dijangka berakhir di sempadan New York-Connecticut pada Ahad malam sebelum bergerak ke selatan Massachusetts pada Isnin.

Hujan lebat dan banjir diramal melanda seluruh wilayah itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!