Barty dapat tonik mujarab

Ashleigh Barty. - Foto AFP
Ashleigh Barty. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN nombor satu wanita dunia, Ashleigh Barty mendapat tonik mujarab menjelang kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menjuarai Terbuka Western & Southern di Cincinnati.

Juara Wimbledon tersebut pada perlawanan akhir itu menewaskan pemain berstatus wild card dari Switzerland, Jil Teichmann 6-3, 6-1.

Barty kini dalam pemburuan gelaran ketiga Grand Slam di Terbuka AS di gelanggang tanah liat di New York selepas menunjukkan jalan keluar kepada Angelique Kerber, Victoria Azarenka dan Barbora Krejcikova.

Sementara itu, Teichmann pemain ke-76 dunia juga mengejutkan juara Terbuka AS, Naomi Osaka, Karolina Pliskova dan juara Olimpik Tokyo 2020, Belinda Bencic

“Ini merupakan minggu menakjubkan yang mana saya dapat merasakan peningkatan gaya permainan dalam setiap perlawanan.

“Malah ketika menentang Jill, saya memperolehi semula kepercayaan diri sekaligus beraksi penuh berkeyakinan sepanjang perlawanan - mengejar bola, agresif yang merupakan antara elemen penting dalam perlawanan akhir

Barty meraikan kejayaan selepas menewaskan Teichmann dalam perlawanan akhir Terbuka Western & Southern di Lindner Family Tennis Center, Mason, Ohio. - Foto AFP
Barty meraikan kejayaan selepas menewaskan Teichmann dalam perlawanan akhir Terbuka Western & Southern di Lindner Family Tennis Center, Mason, Ohio. - Foto AFP

“Sejujurnya, saya percaya kami berdua juga teruja apabila masing-masing menguasai perlawanan walaupun keadaan cuaca mencabar di Cincinnati, yang secara tidak langsung menguji persediaan untuk ke New York,” kata pemain Australia yang mengesahkan kejuaraan kelima tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Barty sebelum ini hadir dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan mood kekecewaan setelah sekadar meraih dua pingat gangsa tambahan misi pemburuan emas acara perseorangan berakhir di tangan Sara Sorribes Tormo.

Biarpun begitu, atmosfera di Amerika Syarikat ternyata berjaya mengubah mood Barty untuk kembali agresif selain cemerlang dalam permainan.

“Saya dapat merasakan suasana di sini dapat menghasilkan gaya permainan yang cukup berkualiti terutama ketika melakukan serve.

“Apapun semuanya bergantung kepada situasi, namun begitu saya berazam untuk memberikan yang terbaik di Terbuka AS,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!