Mayat keenam mangsa kepala air di Yan ditemukan masih sempurna

Anggota pasukan penyelamat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan pada Isnin. - Foto Bernama
Anggota pasukan penyelamat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

YAN - Mayat mangsa keenam yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di Yan ditemukan di kawasan sekitar Titi Hayun di sini jam,1.30 tengah hari pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, mayat Ridwan Poniman, 61, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai dihanyutkan di Titi Hayun.

"Mayat mangsa yang terakhir ini ditemukan di bawah timbunan kayu dan mayat berada dalam keadaan masih sempurna," katanya ketika ditemui di pusat gerakan mencari dan menyelamat di Titi Hayun pada Isnin.

Shahnaz berkata, seramai 400 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada Isnin.

Katanya, mayat Ridwan dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, sehubungan itu pencarian mangsa hilang dihentikan selepas penemuan mayat terakhir tersebut.

Insiden pada petang Rabu itu turut menjejaskan kira-kira 800 rumah di sekitar daerah Yan dan 200 di Kuala Muda. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!