Mahkamah tolak permohonan aktivis haiwan terhadap PBT

Mahkamah Tinggi Temerloh pada Isnin menolak permohonan aktivis haiwan, T Puspa Rani untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan MDCH berhubung projek tangkapan anjing liar di daerah tersebut. - Gambar hiasan

A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Tinggi Temerloh pada Isnin menolak permohonan aktivis haiwan, T Puspa Rani untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) berhubung projek tangkapan anjing liar di daerah tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Mat Noor membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian dan peguam, Rajesh Nagarajan yang mewakili Puspa Rani memaklumkan keputusan tersebut semasa dihubungi pada Isnin.

"Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan pemohon tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut.

"Kami telah memperoleh arahan anak guam untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah hari ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!