'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan tegas'

Wan Sukairi (dua, kanan) ketika ditemui selepas himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di pekarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang, di sini.
Wan Sukairi (dua, kanan) ketika ditemui selepas himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di pekarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seluruh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan himpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih belum mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Rasulullah SAW.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, seluruh umat Islam mahu penghinaan itu dihentikan dan tindakan tegas dikenakan terhadap pelaku.

“Kita mahu tindakan segera diambil. Hina Rasulullah SAW secara automatik menghina Islam dan Umat Islam. Perkara ini perlu segera dihentikan.

“Kita mahu pihak polis segera siasat dan pejabat peguam negara segera lakukan pendakwaan untuk beri pengajaran kepada mereka yang hina Rasulullah SAW dan umat Islam.

“Sekiranya masih gagal mengambil sebarang tindakan, bersikap acuh tak acuh, kita akan adakan himpunan yang lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di pekarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim; Adun Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd.

Himpunan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dihadiri kira-kira 1,000 orang yang menuntut supaya tindakan di ambil ke atas individu yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!