Anggota TDM tolak vaksin boleh dikenakan tindakan tatatertib

Pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin. - Foto Bernama
Pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menolak vaksin Covid-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap, menurut kenyataan Markas TDM pada Isnin.

Kenyataan itu menyebut pihak TDM mengambil maklum terhadap laporan oleh sebuah portal berita yang tular bertajuk “Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin Covid-19, hilang pencen”, membabitkan anggotanya Sarjan Wan Ramly Wan Seman.

Menurut kenyataan itu, pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin.

“Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, mendedahkan mereka dengan jangkitan Covid-19.

“Ini juga bertujuan mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 di negara ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!