Meriahnya Felda Jengka 24 sambut hari merdeka

Penduduk bekerjasama memasang Jalur Gemilang di penempatan tersebut.
Penduduk bekerjasama memasang Jalur Gemilang di penempatan tersebut.
A
A
A

JENGKA - Felda Jengka 24 di sini tetap meriah dengan barisan Jalur Gemilang yang menghiasi kawasan kediaman penduduk sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun walaupun negara masih berdepan pandemik Covid-19.

Ketua Peneroka, Razak Daud berkata, 1,757 penduduk Felda Jengka 24 menyemarakkan semangat patriotik dengan cara tersendiri dan membeli Jalur Gemilang dengan wang sendiri.

RAZAK
RAZAK

"Sekurang-kurangnya setiap rumah memasang 10 bendera untuk dihiasi di kediaman masing-masing.

"Hampir 3,000 bendera dipasang di rumah serta premis lain seperti klinik, rumah guru dan kedai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, situasi tersebut menjadikan penempatan itu meriah dan menarik sepanjang bulan kemerdekaan.

Hampir 3,000 Jalur Gemilang hiasi di Felda Jengka 24 sempena bulan kemerdekaan
Hampir 3,000 Jalur Gemilang hiasi di Felda Jengka 24 sempena bulan kemerdekaan

"Tahun ini Wilayah Jengka tidak mengadakan pertandingan kerana Covid-19, namun Jengka 24 membuat pertandingan di peringkat rancangan dengan norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Semangat ini tidak pudar kerana sebelum ini Jengka 24 pernah memenangi hadiah kibar Jalur Gemilang peringkat wilayah tiga tahun berturut-turut sebelum pandemik Covid-19," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!