Dr Wan Martina dilantik sebagai Ahli Dewan Negara

Dr Wan Martina
Dr Wan Martina
A
A
A

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kali ke-14 pada Selasa sebulat suara bersetuju melantik Timbalan Pengerusi Misi Kembara Dakwah (MKD), Dr Wan Martina Wan Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas diumumkan Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub semasa persidangan berkenaan.

Pelantikan yang berkuat kuasa pada Selasa adalah bagi menggantikan Asmak Hussin yang tamat perkhidmatan pada 30 Jun 2021.

Dr Martina juga merupakan Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!