Anak Musa Aman meninggal dunia

Berita pemergian anak Musa tersebar di media sosial pada Selasa.
Berita pemergian anak Musa tersebar di media sosial pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada pagi Selasa.

Satu kenyataan ringkas dipercayai dikeluarkan pejabat Musa memaklumkan anak lelakinya, Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez telah meninggal dunia.

"Dengan perasaan yang sangat sedih, kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam Musa pada 24 Ogos 2021.

"Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

"Semoga ALLAH merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman," kata kenyataan itu.

Pemergian anak Musa itu juga tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media daripada pejabat Musa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!