'United boleh dapat 95 mata musim ini jika beli Kane'

KANE
KANE
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Gary Neville tidak faham mengapa kelab itu tidak menandatangani Harry Kane dalam usaha mereka untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

United telah membelanjakan wang yang banyak untuk merekrut Jadon Sancho dan Raphael Varane dari Borussia Dortmund dan Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Namun, Neville percaya bekas kelabnya itu tidak boleh berhenti dan seharusnya cuba menandatangani Kane sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos ini.

"Kita dapat lihat Chelsea menandatangani Romelu Lukaku. Kita juga dapat lihat (Virgil) Van Dijk sudah kembali dalam kesebelasan utama bersama Liverpool dan kita juga tahu Manchester City sudah mendapatkan (Jack) Grealish dan Kane.

"Jika mereka (City) mendapatkan Kane, ia akan menjadi masalah besar buat United. Saya sukar untuk faham kenapa United tidak mengambil langkah tambahan dalam jendela perpindahan kali ini.

"Saya rasa jika Kane menyertai pasukan ini, United akan mendapat 90-95 mata musim ini. Jadi, kenapa mereka tidak mahu berbelanja?

"Walaupun tanpa Kane, United tetap perlu mencari pengganti (Edinson) Cavani dan Martial musim depan. Martial tidak mampu untuk mengemudi jentera serangan United. Kontrak Cavani pula hanya tinggal satu tahun.

"Apa jua yang terjadi mereka tetap kena beli penyerang, jadi kenapa mereka tidak mendapatkannya sekarang dan memberikan ruang kepada Ole (Gunnar Solskjaer) mendapatkan pasukan berkualiti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Spekulasi mengenai masa depan Kane masih belum reda walaupun dia melakukan penampilan pertama musim ini bersama Tottenham Hotspur ketika menentang Wolves pada Sabtu lalu.

City menjadi pasukan yang paling berminat mendapatkan pemain itu namun beberapa rundingan antara kedua-dua pasukan tidak mencapai kata sepakat.

"United mesti menggunakan peluang ini untuk menandatangani Kane," kata Neville.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!