City tetap sasar Kane

Kane. Foto: gettyimages
Kane. Foto: gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, pihaknya tetap meletakkan Harry Kane sebagai pilihan utama berbanding pemain-pemain lain yang mahu dibawa ke Etihad.

Guardiola berkata, memilih Kane berdasarkan kepada kemampuan pemain berkenaan selain menyifatkannya sebagai pilihan paling sesuai bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan penyerang Argentina, Sergio Aguerro.

“Kehadiran pemain-pemain ke sini (Etihad), juga adalah berdasarkan kepada ‘pasaran semasa,’ namun City sentiasa mahu menandatangani pemain-pemain terbaik.

“Ia juga selaras dengan matlamat saya ketika mula-mula hadir di Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu mahu memastikan City muncul sebagai pencabar yang kuat.

“Secara tidak langsung, ia menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa memandang ke hadapan dan menjadi pasukan yang lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Guardiola berkata demikian bagi mengulas spekulasi berhubung kemungkinan skuad kendaliannya itu berkemungkinan membawa masuk pemain Juventus, Cristiano Ronaldo ke Etihad.

Dalam pada itu, Guardiola turut mengesahkan beberapa pemain skuad The Citizens itu bakal meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, antara pemain yang telah mengesahkan untuk berbuat demikian adalah pemain tengah, Bernardo Silva yang dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan, Barcelona and Atletico Madrid.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak pernah merungut apabila ada pemain mahu berpindah ke kelab lain, kerana tugas saya adalah untuk memastikan pasukan ini terus cemerlang dengan membawa masuk pemain-pemain yang hebat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!