Selangor bantu lebih 5,000 pemandu teksi, van dan bas

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengagihkan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah di bawah Program Bingkisan Mesra Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada April lalu. - Gambar fail Bernama
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengagihkan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah di bawah Program Bingkisan Mesra Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada April lalu. - Gambar fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 5,529 pemandu teksi, van dan bas sekolah di seluruh Selangor yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19 mendapat bantuan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri, Ng Sze Han berkata, bantuan bernilai RM100 yang diagihkan sejak Januari lalu membabitkan peruntukan keseluruhan RM553,900.

Ng Sze Han
Ng Sze Han

Menurutnya, pengedaran bakul makanan itu dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta diselaraskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

"Kerajaan negeri memastikan tiada golongan tertinggal dalam sebarang bentuk bantuan pada masa akan datang agar lebih ramai dapat menikmatinya demi kelangsungan hidup,” katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Rabu.

Sze Han menjawab pertanyaan Mohd Najwan Halimi (PKR - Kota Anggerik) mengenai apakah usaha kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan pemandu teksi, van dan bas yang terjejas akibat Covid-19 di negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!