Langgar SOP punca kes Covid-19 meningkat di Perlis

Azlan Man
Azlan Man
A
A
A

KANGAR - Masyarakat perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengakui bahawa masih terdapat segelintir individu yang tidak berdisiplin melanggar SOP dan ia memberi kesan negatif termasuk peningkatan jumlah kes positif di Perlis sejak kebelakangan ini.

"Sikap bertanggungjawab perlu ada pada setiap individu dan kita sebagai wakil rakyat perlu turut sama mainkan peranan untuk mengingatkan mereka (masyarakat) agar terus mematuhi SOP dan kepentingan menjaga SOP," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) berkaitan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu yang masih tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Azlan (BN-Bintong) berkata, usaha untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP bukanlah satu perkara yang mudah, justeru masyarakat sendiri perlu mengambil sikap bertanggungjawab mematuhi setiap SOP.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!