Wanita terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang diselamatkan

Mangsa dibawa ke HPP bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Mangsa dibawa ke HPP bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

Difahamkan wanita berusia 22 tahun itu berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi.

Kejadian berlaku dari arah Perai menghala ke Georgetown.

Mangsa didapati telah meninggalkan motosikalnya di tepi jambatan bersama seliparnya sebelum menghampiri jambatan tersebut.

Mangsa dari Karangan, Kedah itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menjalani pemeriksaan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!