Serena Williams tidak sertai Terbuka AS

Serena Williams
Serena Williams
A
A
A

JUARA enam kali dari Amerika Syarikat, Serena Williams mengesahkan tidak akan mengambil bahagian pada kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York berikutan kecederaan hamstring.

Menurut Serena, keputusan tersebut diambil selepas pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali itu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan pegawai perubatan.

"Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada Terbuka AS bagi memberi ruang untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring, selepas membuat pertimbangan serta nasihat doktor dan pasukan perubatan.

"New York antara bandar raya paling mengujakan dan antara venue kegemaran saya. Saya merindui penyokong tetapi tetap memberikan sokongan daripada jauh. Terima kasih atas sokongan yang berterusan. Kita jumpa nanti," kata pemain tersebut di Instagramnya pada Rabu.

Untuk rekod, Serena tidak melakukan penampilan sejak tewas kepada Aliaksandra Sasnovich pada pusingan pertama kejuaraan Wimbledon sebelum ini kali terakhir beraksi di kejuaraan berprestij tersebut pada edisi 2017.

Serena tampil dengan magis tersendiri apabila meraih kejohanan utamanya kejuaraan edisi 1999 yang merupakan titik tolak dominasi atlet tersebut dalam arena tenis.

Perkembangan terkini itu menyaksikan Serena adalah antara nama besar yang menarik diri selepas Rafael Nadal, Roger Federer dan juara edisi 2020, Dominic Thiem.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!