[VIDEO] Pemberian dos penggalak tidak membantu mengawal varian Delta

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang telah lengkap divaksinkan tidak membantu mengawal penularan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya berkata, penularan varian Delta dapat dikawal dengan pemberian suntikan vaksin kepada individu yang belum divaksinasi.

Menurutnya, liputan vaksin dalam negara perlu ditingkatkan sebelum mempertimbangkan pemberian dos penggalak.

"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya pada Khamis.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, mula memberikan dos penggalak kepada individu rentan, termasuk mempunyai masalah penyait imuniti susulan penularan varian Delta.

Ia susulan syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech menyatakan perlindungan terhadap individu diberikan dua dos berkurangan selepas enam bulan.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan tidak menolak keperluan untuk memberi suntikan penggalak vaksin Covid-19 dalam memastikan keberkesanan pelalian itu.

Jelasnya, pemberian dos berkenaan bagaimanapun perlu dipertimbangkan secara menyeluruh terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!