Air Terjun Lata Hujan terbiar

Keadaan wakaf tempat berteduh roboh dan terbiar.
Keadaan wakaf tempat berteduh roboh dan terbiar.
A
A
A
TANAH MERAH - Pihak berkuasa diharap dapat memberi perhatian terhadap keadaan kawasan rekreasi Air Terjun Lata Hujan di daerah ini yang kini semakin kurang dikunjungi orang ramai ekoran kawasan itu semakin terbiar dan tidak terurus.

Seorang pengunjung, Zahari Mat, 56 berkata, sebelum ini kawasan terbabit menjadi antara tarikan pelancong kerana air sungainya yang bersih dan kawasan yang mendamaikan.

“Namun sejak akhir-akhir ini ia semakin terbiar dan tidak terjaga dan terdapat pondok rehat yang roboh dan ia juga menimbulkan bahaya kepada pengunjung.

“Kami sebagai antara penduduk di kawasan sekitar mengharapkan agar tempat rekreasi ini dipulihara dan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung," katanya.

Beliau berkata, jika kawasan ini dibiarkan dan tidak dipulihara ia hanya akan menjadi kawasan terbiar dan mengundang golongan penagih.

Sehubungan itum beliau berharap perkara ini diberi pehatian sewajarnya dalam usaha memulihara alam sekitar dan kawasan rekreasi.

Seorang lagi pengunjung,Zamzuri Ariffn berkata dia mengharapkan kawasan itu dipulihara, memandangkan kini musim cuti sekolah dan ramai ibu bapa membawa anak-anak bercuti di kawasan itu.

“Jika kawasan ini terbiar, maka amat merugikan kerana kita mempunyai kawasan rekreasi yang menarik namun tidak dijaga dengan baik.

“Harapan kami agar kawasan ini dapat diberi perhatian dan menjadi tarikan kepada pengunjung bukan sahaja dari Kelantan malah luar,” katanya.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!