Empat gadis berhijab sertai 'Asia's Got Talent'
WALAUPUN berhijab, tetapi empat gadis ini nyata memiliki keunikan tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia setelah menyertai 'Asia's Got Talent'.
Kumpulan menarik perhatian para juri malah netizen itu memiliki vokal padu apabila menyanyikan lagu Bad Romance penyanyi Lady Gaga pada kemunculan pertama mereka di AXN.
Menggelarkan mereka Nama, nyata empat sekawan ini memiliki bakal semulajadi.
Menerusi Instagram namathemusic, bekas siswa Universiti Malaya (UM) itu sering membuat persembahan termasuk di program Gema Gegar Vaganza 2018.
Mereka bukan sahaja cantik malah bersuara emas dan difahamkan kumpulan Nama ini layak ke peringkat seterusnya di AXN.
Penularan nyanyian mereka di media sosial nyata mendapat perhatian netizen yang berasa bangga pencapaian kumpulan terbabit.
Netizen, suhella, berkata,"suara mereka memang sedap dan semoga berjaya ke peringkat seterusnya".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!