Nur Azlia Syafinaz akhiri saingan tempat kesembilan
ATLET berbasikal para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais menyingkap cabaran Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara berbasikal trek ujian masa 1000 meter (m) B wanita akhir di tempat kesembilan.
Aksi di Velodrom Izu itu menyaksikan Nur Azlia Syafinaz dan jurumudi Nurul Suhada Zainal mencatat masa 1 minit 15.005 saat (s) dalam kalangan 10 pelumba yang mengambil bahagian.
Pingat emas dimenangi pelumba Belanda, Larissa Klaassen yang turut memecahkan rekod Paralimpik dengan catatan masa 1:05.291s.
Pingat perak menjadi milik pelumba Great Britain, Aileen McGlynn Obe (1:06.743s) manakala Griet Hoet dari Belgium (1:07.943s) meraih pingat gangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!