MA Analytics, tiga syarikat Turki tandatangani MoU

Rasyad Anwar (kiri) bersama tiga syarikat gergasi pertahanan Turki sejurus selesai menandatangani memorandum persefahaman (MOU)
Rasyad Anwar (kiri) bersama tiga syarikat gergasi pertahanan Turki sejurus selesai menandatangani memorandum persefahaman (MOU)
A
A
A

MA Analytics Sdn Bhd (MA Analytics) memeterai memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat dari Turki bertujuan untuk bekerjasama dalam memajukan industri pertahanan negara ketika Pameran International Defence Industry (IDEF 2021) di Tuyap Fair, Turki baru-baru ini.

Tiga syarikat pertahanan dari Turki itu terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler danIVEO Defence.

MA Analytics adalah syarikat tempatan yang terlibat di dalam bidang pertahanan, tenaga dan telekomunikasi. Ia telah ditubuhkan hasil gabungan beberapa profesional muda dan inovatif di dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan perakaunan dengan misi untuk menawarkan peralatan serta perkhidmatan berkualiti kepada agensi pertahanan dan awam di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics, Rasyad Anwar berkata, MoU tersebut bakal melibatkan kerjasama antara syarikat-syarikat berkenaan berhubung sistem persenjataan, artileri dan kereta perisai.

Ia juga akan melibatkan kerjasama di dalam mereka cipta, pembinaan dan pembekalan alatan persenjataan, artileri dan kereta perisai di Malaysia.

Wakil syarikat MA Analytics dan MKE ketika melakukan latihan dan demonstrasi penembakan di Lapang Sasar Konya, Turki.
Wakil syarikat MA Analytics dan MKE ketika melakukan latihan dan demonstrasi penembakan di Lapang Sasar Konya, Turki.

"Syarikat dari Turki akan memberikan bantuan teknikal dan perundingan,pembekalan bahan dokumentasi, teknologi, lesen, “know-how” dan peralatan, pembaikan, modernisasi dan bantuan selepas jualan kepada Malaysia dan juga usaha sama di dalam bidang-bidang lain mengikut perundangan kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian MoU tersebut yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MKE, Yasin Akdere, Timbalan Pengerusi Katmerciler, Mehmet Katmerci dan Ketua Pegawai Eksekutif IVEO Defence, Gokhan Erturan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Rasyad menjelaskan, walaupun dunia mengalami masalah ekonomi akibat Covid-19 tetapi Turki masih melihat Malaysia sebagai rakan kongsi yang penting malah, kerjasama pertahanan ini menunjukkan keyakinan Turki terhadap Malaysia.

Tambah beliau, Turki terkenal sebagai negara yang sudi berkongsi pengetahuan dan teknologi menerusi program “Transfer of Technology” (ToT) setiap kali pembelian aset ketenteraan dijalankan.

Iskender Balci, Izlene Izzauddin, Karim Hamzah, Rasyad Anwar, Yasin Ekdere, Mehmet Katmerci, Azeem Azizi, Gokhan Erturan, Metin Colak ketika memeterai memorandum persefahaman baru-baru ini.
Iskender Balci, Izlene Izzauddin, Karim Hamzah, Rasyad Anwar, Yasin Ekdere, Mehmet Katmerci, Azeem Azizi, Gokhan Erturan, Metin Colak ketika memeterai memorandum persefahaman baru-baru ini.

"Menerusi kerjasama ini, kebergantungan terhadap negara luar dapat dikurangkan menerusi pelbagai kursus yang bakal dilaksanakan.

Di samping itu, peluang pekerjaan dapat ditingkatkan terutamanya kepada veteran tentera.

"Kami juga sedang merancang menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan beberapa syarikat berkaitan dengan kerajaan agar manfaat daripada MoU ini bakal memberikan impak secara maksimum," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!