60 tahun hidup bergelap, kampung Orang Asli diterangi lampu solar

Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-64 memberi makna kepada orang asli di kampung Bukit Meranti, Jasin dengan adanya kemudahan lampu solar di kampung mereka. Gambar kecil kiri: Jumaat Hussein. Gambar kecil kanan: Kuntum Tepung.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-64 memberi makna kepada orang asli di kampung Bukit Meranti, Jasin dengan adanya kemudahan lampu solar di kampung mereka. Gambar kecil kiri: Jumaat Hussein. Gambar kecil kanan: Kuntum Tepung.
A
A
A

JASIN - Masyarakat orang asli Kampung Bukit Meranti, di sini yang lebih 60 tahun hidup tanpa bekalan elektrik akhirnya menarik nafas lega setelah perkampungan mereka diterangi lampu solar.

Lebih bermakna, kemudahan yang diperoleh kira-kira 15 orang asli suku kaum Temuan membabitkan enam buah keluarga itu bertepatan dengan sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-64 pada tahun ini menerusi program Sentuhan Merdeka.

Suri rumah, Kuntum Tepung, 29, berkata, bekalan lampu solar itu memudahkan kerja hariannya pada waktu malam selain kemudahan kepada anaknya untuk belajar.

Menurutnya, selama ini penduduk hanya bergantung kepada lilin dan pelita hinggakan seringkali berlaku kebakaran.

"Syukur melihat anak gembira belajar lagipun dah lama menanti untuk dapatkan bekalan cahaya lampu terutama waktu malam.

"Beginilah rasanya erti kemerdekaan yang sebenar bila nasib kami tidak dipinggirkan dan menikmati kemudahan seperti orang lain," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Mohd Yusoff (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga orang asli di Bukit Meranti, Jasin.
Mohd Yusoff (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga orang asli di Bukit Meranti, Jasin.

Artikel Berkaitan:

Bagi Jumaat Hussein, 26, selama berpuluh-puluh tahun menanti akhirnya impian untuk mendapatkan bekalan cahaya terutama pada waktu malam tercapai dan hari bersejarah ini hampir dekat dengan sambutan hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurutnya, lampu solar itu memudahkan penduduk berkumpul dan berbincang sesuatu perkara pada waktu malam selain mengadakan sebarang program dalam norma baharu.

"Sebahagian kami menggunakan set generator namun kosnya agak tinggi apabila terpaksa membelanjakan kira-kira RM240 sebulan untuk membeli minyak, jadi bila dapat kemudahan lampu solar ini memang gembira," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Unit Response Team Aslam Resources, Datuk Mohd Yusoff Abu Hassan berkata, pihaknya mahu suku kaum Temuan itu sama-sama menikmati kemerdekaan dalam suasana ceria sebagaimana rakyat lain.

Menurutnya, bantuan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan sinar cahaya kepada mereka untuk menikmati kehidupan lebih bermakna dan gembira seperti di kampung-kampung lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!