Kegiatan judi online di kondominium terbongkar

Pelbagai barang yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Pelbagai barang yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis membongkar kegiatan judi online di sebuah kondominium di Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, operasi kira-kira jam 5 petang dijalankan hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, serbuan mengesyaki kediaman ini dijadikan sebagai pusat bagi kegiatan perjudian online.

Dua lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.
Dua lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

"Dua lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun telah ditahan.

"Polis telah merampas pelbagai barang antaranya adalah 10 buah telefon bimbit, monitor (2 buah) dan dua unit modem wifi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati premis ini baru beroperasi sejak dua hari lalu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Katanya, pihaknya percaya kegiatan ini mampu mengaut untung sebanyak RM3,000 bagi setiap 12 jam pengoperasian mereka.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan akan direman untuk bantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!