Palestin berhak dapat hak kebebasan yang sama
WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata, rakyat Palestin berhak mendapat kebebasan dan kemakmuran, lapor Sputnik memetik jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan media.
Blinken berkata demikian ketika bertemu Perdana Menteri Israel Naftali Bennett.
"Setiausaha Negara Antony J. Blinken bertemu dengan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett hari ini di Washington, DC.
"Setiausaha juga menekankan bahawa Israel dan Palestin berhak mendapat kebebasan, kemakmuran dan martabat yang sama untuk kepentingan bersama ke arah penyelesaian dua negara," kata Price pada Rabu.
Blinken dan Bennett turut membincangkan isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan Iran dan komitmen AS terhadap keselamatan Israel, kata Price.
Kedua-duanya juga bersetuju untuk mengusahakan penyertaan Israel dalam Program Pengecualian Visa AS.
Bennett dijadualkan bertemu Presiden AS Joe Biden di Rumah Putih pada Khamis. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!