RM160 juta selenggara jalan persekutuan di Johor

Mohd Solihan (kanan) melakukan proses undian dalam Program Kongsi Kerja dan Cabutan Undi Secara Maya Kerja Penyenggaraan Jalan di Johor di Bilik Mesyuarat JKR Kota Tinggi, Kota Tinggi pada Khamis.
Mohd Solihan (kanan) melakukan proses undian dalam Program Kongsi Kerja dan Cabutan Undi Secara Maya Kerja Penyenggaraan Jalan di Johor di Bilik Mesyuarat JKR Kota Tinggi, Kota Tinggi pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Johor akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negeri ini melalui peruntukan RM160 juta yang diterima Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor setakat 29 Julai daripada kerajaan Pusat.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, peruntukan tersebut meningkat sebanyak RM18.44 juta berbanding jumlah diterima bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk kos penyelenggaraan jalan persekutuan melibatkan Jalan Johor Bahru-Gemas, Jalan Johor Bahru-Endau dan Jalan Johor Bahru-Pontian-Muar.

"Ini kerana kontrak kerja-kerja penyelenggaraan jalan terbabit sudah tamat pada 2018 dan kontrak baharu secara Performance Based Contract (PBC) dijangka akan diluluskan Oktober ini.

"Kerajaan negeri berharap Kementerian Kerja Raya dapat segera memuktamadkan perjanjian untuk membolehkan kerja menyelenggara jalan sepanjang 540 kilometer itu dapat dilaksanakan segera dengan anggaran peruntukan RM140 juta," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Kongsi Kerja dan Cabutan Undi Secara Maya Kerja Penyelenggaraan Jalan di Johor di Bilik Mesyuarat JKR Kota Tinggi di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai program itu, katanya, menerusi Johor Centre for Construction Development (JCCD) sebanyak 396 pakej akan diagihkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di seluruh Johor melibatkan peruntukan RM44.4 juta.

Katanya, program itu dibahagikan empat fasa dengan fasa pertama melibatkan 260 pakej dengan peruntukan RM27.4 juta yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad pada 9 Ogos lalu.

"Bagi fasa kedua hingga keempat melibatkan 136 pakej berjumlah RM17 juta dan undian hari ini membabitkan 16 pakej kerja di Johor Bahru, 17 pakej kerja di Pontian, masing-masing lapan pakej kerja di Kulai dan Mersing serta lima pakej kerja di Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Jadi menerusi program ini kerajaan negeri menerusi JCCD akan mewujudkan inisiatif Skim Kerja Harian (SKH) secara 'one-time' bagi individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!