3 jam sesi menghadap Agong selesai
KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, pada jam 1.38 petang Khamis.
Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 3 jam.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri keluar dari pekarangan istana dan beliau sempat melambai tangan kepada wartawan yang berada di luar perkarangan Istana Abdulaziz sejak jam 8.30 pagi.
Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 10.53 pagi, sebelum diikuti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekitar jam 11.30 pagi.
Difahamkan majlis menghadap Al-Sultan Abdullah itu mempunyai kaitan dengan proses menyembah maklum senarai cadangan Kabinet yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!