Tiada mesyuarat MKT UMNO malam ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim memaklumkan tiada sebarang mesyuarat akan diadakan pada malam ini seperti dilaporkan pihak tertentu.

Menurutnya, MKT dijangka akan bermesyuarat pada Jumaat malam, namun beliau tidak menyatakan agenda yang bakal dibincangkan.

Pada Sabtu lalu, mesyuarat MKT yang dijadualkan selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan juga ditangguhkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Isnin, Ismail Sabri turut memaklumkan senarai jemaah menteri akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada Khamis, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu kerajaan persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!