180,000 dos vaksin Cansino dihantar ke Sabah
KOTA KINABALU - Sebanyak 180,000 dos vaksin Covid-19 jenis CanSino telah dihantar ke Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Ingin dimaklumkan sejumlah 180,000 dos vaksin satu suntikan CanSino telah pun dihantar ke negeri Sabah.
"Diharapkan vaksin CanSino dapat mempercepatkan dan memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pedalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti," katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter pada Khamis.
Pada Selasa lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin dilaporkan berkata, Sabah pada hari itu menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya dijangka diterima pada bulan ini.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!