Gara-gara lewat, suami isteri terkandas di pelabuhan

 Insiden pasangan suami isteri tertinggal kapal pelayaran ketika bercuti. -Daily Mail
Insiden pasangan suami isteri tertinggal kapal pelayaran ketika bercuti. -Daily Mail
A
A
A

NASSAU-BAHAMAS. Akibat kecuaian sendiri, pasangan suami isteri mungkin terpaksa membiayai sendiri kos tiket penerbangan RM732 setelah terkandas di pelabuhan Nassau, Bahamas.

Baru-baru ini, tular video melibatkan pasangan suami isteri terkandas susulan mereka terlewat untuk menaiki sebuah kapal pelayaran pelancongan mewah.

Mereka dipercayai berada di lokasi itu setelah enam hari berlayar sebelum pulang ke Miami.

Video berdurasi 4 minit 58 saat itu menunjukkan sebuah kapal pelayaran mewah meninggalkan pasangan itu.

Menurut individu yang merakamkan video itu, pihak kapal telah membuat pengumuman kira-kira jam 3.30 petang untuk meminta semua penumpang menaiki kapal.

Kemudian, tepat jam 4.15 petang, para pekerja meminta para penumpang masuk ke dalam kapal kerana mahu menutup laluan masuk.

Bagaimanapun selang beberapa saat, pasangan itu tiba dan berlari ke arah kapal dan melambai-lambai ke arah pekerja kapal sambil membawa beberapa beg namun tindakan itu hanya sia-sia sahaja.

Mereka kemudian turut dilihat bercakap dengan beberapa pekerja pelabuhan di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kelewatan penumpang jika mengikuti perjalanan yang ditempah melalui syarikat pelayaran membolehkan syarikat itu menawarkan kaedah lain untuk membawa mereka pulang ke rumah.

Namun jika punca kelewatan itu disebabkan oleh kesalahan atau kelewatan penumpang, mereka terpaksa mencari menanggung kos perjalanan pulang. - Daily Mail

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!