Henti tawar-menawar dalam politik demi roh demokrasi

Musa ketika menjadi panelis Wacana Sinar Siri 284 Bertajuk Demokrasi Tanpa Roh pada Khamis.
Musa ketika menjadi panelis Wacana Sinar Siri 284 Bertajuk Demokrasi Tanpa Roh pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Budaya tawar-menawar melibatkan ahli-ahli parlimen untuk mendapatkan sokongan demi kuasa adalah perkara yang perlu dihentikan demi mengembalikan ‘roh’ demokrasi negara seterusnya membanteras kegiatan rasuah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana demokrasi yang mempunyai roh memerlukan ketelusan dalam sesuatu proses perlantikan pemimpin itu sendiri.

“Jika kita ingin mempunyai roh demokrasi, budaya tawar-menawar ini adalah perkara yang perlu diperbetulkan.

“Ini kerana ketelusan adalah asas budi pekerti yang membawa kepada sifat ikhlas, kejujuran dan bukan sifat berpura-pura atau hipokrit.

“Bukan cara yang betul jika mereka mahu berkuasa, mereka mendatangkan masalah (tawar-menawar) kerana apabila mereka kecoh di atas akan mendatangkan masalah kepada rakyat, rakyat akan tertekan kerana tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Siri 284 Bertajuk Demokrasi Tanpa Roh pada Khamis.

Wacana Sinar Siri 284 Bertajuk Demokrasi Tanpa Roh pada Khamis menampilkan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Penasihat Penyelidik Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai panelis.
Wacana Sinar Siri 284 Bertajuk Demokrasi Tanpa Roh pada Khamis menampilkan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Penasihat Penyelidik Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai panelis.

Program dikendalikan oleh Ismail Adnan sebagai moderator itu turut menampilkan Penasihat Penyelidik Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai panelis.

Musa menegaskan, ahli-ahli politik perlu telus dalam membuat apa-apa keputusan dan juga mematuhi peraturan-peraturan Perlembagaan agar dihormati rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Barulah rakyat tidak akan merasa mereka tertipu dengan masalah yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen,” katanya.

Mengulas cadangan penggubalan undang-undang anti lompat parti, beliau berpendapat jika ia dilaksanakan, aspek penguatkuasaan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Katanya, dalam isu menangani kegiatan rasuah, undang-undang sedia ada juga boleh berfungsi dengan baik namun memerlukan peguatkuasaan yang betul.

“Setiap undang-undang yang ada perlu dikuatkuasakan dengan betul bagi mencapai matlamat membendung rasuah.

“Penting untuk menunjukkan kesedaran bahawa rasuah ini bahaya, jangan menjadi pemberi dan penerima,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan kerajaan tidak sepatutnya berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang masih terpalit dalam kes mahkamah kerana akan memberi imej bahawa pemimpin sendiri tidak menghormati undang-undang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!