City gantung Mendy

Mendy
Mendy
A
A
A

MANCHESTER City telah menggantung khidmat pemain pertahananya, Benjamin Mendy selepas polis mengesahkan pemain Perancis itu didakwa atas empat tuduhan rogol dan satu serangan seksual.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan tindakkan menggantung khidmat Mendy itu dalam satu kenyataan pada Jumaat, namun tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

"Perkara ini berkaitan proses undang-undang dan kelab tidak dapat membuat kenyataan sehingga proses ini selesai," kata kenyataan itu.

Sebelum itu, Polis di Cheshire mengesahkan Mendy akan ditahan sehingga perbicaraan di Mahkamah Majistret Chester hari ini.

"Dakwaan dilakukan oleh tiga pengadu berusia lebih 16 tahun dan didakwa berlaku antara Oktober 2020 hingga Ogos 2021," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan,

Polis menggesa orang ramai tidak melaporkan, membuat komen atau berkongsi maklumat di dalam talian yang akan mengganggu proses perbicaraan.

Bek kiri itu menyertai City pada tahun 2017 dari Monaco dan beraksi sebanyak 75 kali untuk kelab Inggeris itu sejak empat tahun lalu, memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris.

Kontraknya masih berbaki dua tahun di Etihad dan kali terakhir mewakili Perancis ialah pada November 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!