Agong perkenan menteri kabinet angkat sumpah Isnin ini

Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia barisan kabinet baharu pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan barisan kabinetnya untuk bersama-sama pentadbirannya sebentar tadi.

Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kekal sebagai Menteri Kewangan dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!