Brenda perbaiki catatan masa peribadi

Brenda Anellia Larry, berjaya memperbaiki catatan masa peribadinya pada saringan kedua acara berkenaan, pada Jumaat. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara
Brenda Anellia Larry, berjaya memperbaiki catatan masa peribadinya pada saringan kedua acara berkenaan, pada Jumaat. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara
A
A
A

BIARPUN tidak layak beraksi di final bagi acara 50 meter (m) kuak dada kategori S5 wanita Sukan Paralimplik Tokyo 2020, namun atlet renang para wanita negara, Brenda Anellia Larry, berjaya memperbaiki catatan masa peribadinya pada saringan kedua acara berkenaan, pada Jumaat.

Atlet berusia 16 tahun dari Sabah itu, menamatkan saringan acara berkenaan pada kedudukan keenam dengan catatan masa 1:06.2 saat.

Catatan berkenaan sekali gus telah mengatasi catatan 1:09.72 saat yang dicatatkannya ketika ketika menyertai Kejohanan World Series di Singapura pada 2019 lalu.

Jamery turut gagal layak ke final bagi acara berkenaan apabila bmenamatkan saringan ketiga pada kedudukan keenam pagi tadi. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara
Jamery turut gagal layak ke final bagi acara berkenaan apabila bmenamatkan saringan ketiga pada kedudukan keenam pagi tadi. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara

Sementara itu atlet renang para negara, Jamery Siga turut gagal layak ke final bagi acara berkenaan apabila bmenamatkan saringan ketiga pada kedudukan keenam pagi tadi.

Atlet kelahiran Limbang, Sarawak berusia 36 tahun itu menamatkan acara saringan ketiga bagi acara berkenaan dengan catatan masa 40.32 saat.

Artikel Berkaitan:

Hanya lapan atlet terbaik layak beraksi ke final acara berkenaan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!