Pas, Hadi tiada kaitan dana - Takiyuddin
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengulangi penegasan bahawa Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyalurkan dana kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Menurutnya, perkara tersebut sengaja ditimbulkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mempunyai kepentingan tersendiri di sebalik perkara tersebut.
"Kena tanya dia (Anwar), bagi kita Pas dan Hadi tak bayar. Kena tanya anwar kenapa dia timbulkan hal ini. Dia tiada kepentingan dalam hal ini, Atau mungkin dia ada, kita tidak tahu lah,"katanya.
Beliau ditemui di Majlis Pemimpin bersama masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman serta kepimpinan tertinggi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan tidak berasas itu.
Bagaimanapun, semua masih dalam perhatian samada tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai 'pembohong' ataupun 'penfitnah'.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!