Keuntungan bersih suku kedua Axiata melonjak

No Image Caption
A
A
A

KEUNTUNGAN bersih Axiata Group Bhd melonjak kepada RM 277.76 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM80.02 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya berikutan jualan kasar yang lebih tinggi termasuk penurunan kos kewangan disebabkan pinjaman dan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.

Pendapatan turut menokok kepada RM6.39 bilion daripada RM5.80 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Izzaddin Idris dalam satu kenyataan berkata kebanyakan operasi syarikat mencapai tahap kukuh pada suku tersebut termasuk pemulihan berterusan Celcom yang didorong oleh program transformasinya yang masih berjalan.

"Sebagai contoh, untuk menambah pelanggan dalam pasaran yang agak mencabar, kami telah mengerakkan usaha ke arah kestabilan,” katanya.

Usaha pemulihan Celcom menghasilkan momentum yang sangat baik di pasaran walaupun terdapat persaingan.

Untuk separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih meningkat kepada RM353.31 juta daripada RM268.12 juta, manakala pendapatan mencatatkan angka RM12.45 bilion berbanding RM11.82 bilion sebelumnya.

“Hasil bekas peranti naik 4.6 peratus dari tahun ke tarikh, berikutan prestasi prabayar yang kukuh selepas syarikat merekodkan peningkatan bersih sebanyak 1.02 juta pelanggan dan pertumbuhan pendapatan prabayar 12.5 peratus, disamping pendapatan pengendali rangkaian maya mudah alih yang lebih tinggi,” kata syarikat itu.

Kerugian bersih dari tahun ke tarikh Axiata Digital menyusut 65.1 peratus disebabkan perbelanjaan pemasaran yang lebih rendah di perkhidmatan kewangan digital (DFS), ditambah dengan peningkatan keuntungan Axiata Digital Advertising Sdn Bhd, sementara pendapatan dan EBITDA masing-masing bertambah sebanyak 125.3 peratus serta 68.5 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Pertumbuhan pendapatan pada suku ini didorong oleh kenaikan yang dicatatkan dalam perniagaan DFS, analisis digital dan AI.

"Pada suku ini, bahagian teknologi kewangan Axiata Digital Boost Holdings Sdn Bhd memperoleh 68.75 peratus saham dalam entiti berlesen Indonesia, PT Creative Mobile Adventure yang telah memperluaskan jejak rantau Boost Holdings untuk mencapai PKS mikro yang kurang mendapat perhatian di Indonesia," tambahnya.

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai perniagaan infrastruktur Axiata memberitahu pendapatan YTD edotco Group Sdn Bhd meningkat sebanyak 3.2 peratus hasil daripada sumbangan yang lebih tinggi daripada pasaran utamanya seperti Malaysia dan Bangladesh, dan sumbangan yang menggalakkan daripada pasaran kecil lain termasuk Pakistan.

Sementara itu, Pengerusi Axiata Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid mengumumkan dividen interim sebanyak empat sen sesaham kepada para pemegang sahamnya.

"Dengan kesimpulan usaha wajar yang berjaya dan pemeteraian perjanjian urus niaga antara pihak-pihak terlibat dalam tempoh bagi menyelesaikan penggabungan Celcom-Digi, kami kini membuat kemajuan yang mantap dalam tahap kelulusan peraturan yang sedang berjalan.

"Dalam konteks tersebut, lembaga tetap komited untuk memastikan penggabungan ini memberikan hasil terbaik bagi memenuhi keperluan digital pelanggan dan negara," tambahnya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!