Masalah kesihatan tak ganggu tunai tanggungjawab

V Chandara melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengundi di SMK Bandar Rinching, Semenyih. - FOTO: ZAHID IZZANI
V Chandara melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengundi di SMK Bandar Rinching, Semenyih. - FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

SEMENYIH - Seorang pengundi, V Chandara Segar, 45, yang mempunyai masalah penglihatan dan kaki, tidak menghalangnya untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching.

Chandara Segar berkata, dia gembira dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Saya tetap datang ke Semenyih dari Kluang, Johor, untuk menunaikan tanggunjawab," katanya.

Menurutnya, dia merupakan pesakit retinitis pigmentosa serta perlu mendapatkan rawatan.

"Saya perlu mendapatkan rawatan di luar negara, ia memerlukan kos yang tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!