Bonnie sudah bersedia mental, fizikal

Bonnie Bunyau Gustin
Bonnie Bunyau Gustin
A
A
A

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin disifatkan berada dalam momentum terbaik untuk menghasilkan keputusan positif dalam acara tersebut apabila kategori bawah 72 kilogram (kg) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyingkap tirai di Forum Antarabangsa Tokyo.

Malah menurut jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam, atlet berusia 22 tahun dari Sarawak tersebut ternyata teruja untuk menampilkan aksi terbaik dalam misi mengharumkan nama Malaysia.

“Ya, Bonnie sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik selepas menjalani persiapan rapi selama ini dan saya lihat dia begitu tenang dan fokus serta berdisiplin untuk temasya ini sejak tiba di Tokyo.

“Apa yang boleh saya katakan Bonnie kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia dari segala aspek untuk berdepan pesaingnya, harapan saya agar dia berikan persembahan terbaik demi Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Untuk rekod, Bonnie adalah antara dalam kalangan lima atlet para negara diletakkan sebagai sandaran meraih pingat emas di Tokyo bersama dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badminton para, Cheah Leik Hou dan atlet memanah, S Suresh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!