SRT bakal berwajah baharu

Razlan Razali
Razlan Razali
A
A
A

SEPANG Racing Team (SRT) mengumumkan pasukan berkenaan hanya akan tampil dalam kategori MotoGP pada tahun hadapan selaras dengan proses penjenamaan semula pasukan tersebut.

Menurut Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, penampilan dengan kategori MotoGP itu, selaras dengan proses penjenamaan semula pasukan berkenaan secara keseluruhannya termasuk dari segi warna, penajaan dan lain-lain.

“Tahun depan semua kita akan tukar. Totally rebranding. Kita akan bermula semula dengan identiti yang baharu. Ini termasuklah dari segi warna, konsep dan lain-lain.

“Kita juga akan hanya kekalkan kategori bagi MotoGP dan kita sudah sediakan slot untuk dua pelumba di mana salah seorangnya kita kekalkan Franco Morbidelli dan kita sedang mengenal pasti seorang lagi pelumba.

“Bagaimanapun, kita akan mempertimbangkan bagi mengekalkan kategori bagi Moto2 dan Moto3 pada tahun hadapan dan insyaALLAH, kita akan umumkan semuanya nanti pada Grand Prix (GP), San Marino di Litar Missano 19 September depan,” katanya pada sidang media atas talian pada Jumaat.

Razlan berkata demikian bagi mengulas berhubung penamatan perjanjian kerjasama antara pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas, yang mengumumkan bahawa kedua belah pihak bersetuju untuk menamatkan perjanjian kerjasama antara keduanya pada 14 Ogos lalu.

Dalam masa sama Razlan mengumumkan, pihaknya merancang untuk terus menggunakan nama Sepang, berikutan segala urusan dari segi operasi dan logistik SRT masih lagi di Sepang.

Mengenai persiapan SRT menjelang saingan GP Silverstone pada Ahad, Razlan menegaskan terdapat perubahan apabila menyaksikan pelumba Moto2, Jake Dixon bakal beraksi dalam kategori MotoGP bagi menggantikan Morbidelli yang masih cedera, manakala tempatnya digantikan Adam Norrodin.

Artikel Berkaitan:

“Jika ikutkan pencapaian, kita seharusnya letakkan Xavi (Vierge), tetapi kita berikan peluang kepada Dixon kerana perlumbaan itu bakal berlangsung di tanah kelahirannya, Great Britain.

“Lagi pun, dia berasal dari perlumbaan Superbike dan rasanya tidak ada masalah untuknya mengendalikan jentera MotoGP,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!