Budaya politik rakyat perlu berubah

Nizam Mahshar
Nizam Mahshar
A
A
A

SHAH ALAM - Budaya politik dalam kalangan rakyat perlu berubah, tegas Presiden Ikatan Inteligensia Membangun Malaysia, Datuk Nizam Mahshar.

Beliau berkata, ini kerana beliau melihat ia semakin tidak menguntungkan rakyat.

“Yang patut kita risaukan bergerak ke hadapan ini adalah pertukaran rejim yang ada ini sebenarnya menyelesaikan masalah utama dalam politik.

“Bagi saya kita sebagai rakyat kena mengambil pengajaran bahawa persoalan nak mengubah individu itu tidak menyelesaikan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam ‘Forum Online: Analisis Kerajaan Baharu, Apa Harapan Rakyat?’ yang disiarkan menerusi Facebook Ikram Malaysia dan Sinar Harian pada Jumaat.

Turut menjadi panel Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin manakala Azlan Shah Nabees Khan bertindak sebagai moderator.

Nizam turut menyifatkan budaya politik dalam kalangan rakyat tidak kisah dengan isu yang melanda ahli politik itu

“Budaya politik dalam kalangan rakyat tidak kisah orang itu ada skandal ke, ada kes dengan mahkamah ke, masuk pilihan raya, lantik semula orang itu.

Artikel Berkaitan:

“Kita punya politik itu kita memuja-muja pemimpin politik seolah-olah bila tak ada pemimpin politik ini runtuhlah negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sistem nilai parah punca masalah rasuah

ARTIKEL BERKAITAN:Kabinet tiada kejutan, rakyat tak menaruh harapan tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!