Covid-19: Kes positif seluruh dunia lebih 215 juta, korban 4.48 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 215 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 215 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 215 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 38.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.6 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebihi 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan lebih 4 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.9 juta, sementara Malaysia 1.66 juta kes dan Thailand dengan 1.1 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.48 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 634,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 577,000 kes, India lebih 436,000 kes dan Mexico dengan lebih 256,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 132,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 83,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 130,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 32,000 diikuti Malaysia dengan 15,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 10,000 angka korban. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!