AS kaji pilihan lain jika rundingan nuklear Iran gagal

Joe Biden (kanan) bertemu Naftali Bennett di pejabat beliau di White House, Washington, pada Jumaat. - Foto AP
Joe Biden (kanan) bertemu Naftali Bennett di pejabat beliau di White House, Washington, pada Jumaat. - Foto AP
A
A
A

AMERIKA Syarikat (AS) sedia mengkaji pilihan lain, sekiranya rundingan diplomasi dengan Republik Iran berhubung isu nuklear gagal diselesaikan.

Kenyataan Presiden Joe Biden ini dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Israel yang baharu Naftali Bennett pada Jumaat.

"Kami berbincang tentang komitmen memastikan Iran tidak akan membangunkan senjata nuklear.

Tetapi, buat masa ini, kami mengutamakan diplomasi terlebih dahulu.

"Sekiranya gagal, kami sedia kaji pilihan lain.

Kami akan sokong usaha Israel menjalin hubungan lebih baik dengan negara Arab dan Islam.

"Ia trend yang sepatutnya digalakkan.

Kami juga akan membincangkan cara-cara untuk memajukan keamanan, kedamaian dan kemakmuran bagi Israel dan Palestin," kata Biden di Washington DC pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Israel sebelum ini menganggap Iran sebagai satu ancaman, susulan program nuklearnya.

Namun, Iran mempertahankan, program berkenaan bertujuan keamanan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!