'Masa untuk selamatkan rakyat, bukan politiking'

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jemaah menteri yang diumumkan pada Jumaat.

Ia bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masing, dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi juga mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

"Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

"Bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara secara menyeluruh," tambahnya. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!