Sekurang-kurangnya 19 maut nahas bot penumpang di Bangladesh

Kelihatan mayat yang berjaya dibawa keluar selepas pelanggaran antara bot penumpang dan kapal muatan pasir di Brahmanbaria, Bangladesh. - Foto Reuters
Kelihatan mayat yang berjaya dibawa keluar selepas pelanggaran antara bot penumpang dan kapal muatan pasir di Brahmanbaria, Bangladesh. - Foto Reuters
A
A
A

DHAKA -Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas sebuat bot yang sarat dengan penumpang melanggar kapal membawa muatan pasir di timur Bangladesh pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

"Sekurang-kurangnya 19 mayat ditemukan sementara ramai lagi masih hilang. Beberapa lagi penumpang kebanyakan wanita dan kanak-kanak diselamatkan dengan bantuan penduduk tempatan," kata wakil pesuruhjaya daerah Hayat Ud Dowlah Khan.

Beliau berkata bot itu membawa lebih 100 penumpang dan jumlah sebenar mangsa yang hilang hanya dapat dimaklumkan apabila misi mencari dan menyelamat selesai.

Kejadian berlaku di Sungai Titas di daerah Brahmanbaria, katanya.

"Bot itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kapal yang datang dari arah bertentangan," lapor media tempatan, memetik mangsa dan saksi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!