Tingkat kawalan sempena Hari Kemerdekaan

Mohamad Noor (depan) mengetuai Program kembara secara konvoi bermotosikal dengan mengadakan lawatan dan penyebaran risalah, penyerahan Jalur Gemilang di lapan Balai Polis di sekitar daerah ini.
Mohamad Noor (depan) mengetuai Program kembara secara konvoi bermotosikal dengan mengadakan lawatan dan penyebaran risalah, penyerahan Jalur Gemilang di lapan Balai Polis di sekitar daerah ini.
A
A
A

KUANTAN- Polis Daerah Kuantan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 pada Selasa ini bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bagi tujuan itu pihaknya telah mempersiapkan pegawai dan anggota polis yang mencukupi bagi menjamin kelancaran program sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

"Pihak kita sudah menerima perancangan program sambutan kemerdekaan yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini.

"Jadi, selaku pasukan keselamatan yang bertanggungjawab jaga keamanan, kita akan memastikan majlis tersebut berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tetap ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program kembara kasih Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-64 dan Hari Malaysia di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Sabtu.

Program kembara secara konvoi bermotosikal itu diketuai olehnya dengan mengadakan lawatan dan penyebaran risalah, penyerahan Jalur Gemilang di lapan Balai Polis di sekitar daerah ini.

Dalam pada itu, Mohamad Noor mengingatkan masyarakat khususnya golongan remaja di daerah ini agar tidak mengambil kesempatan dengan melakukan perkara menyalahi undang-undang sempena sambutan Hari Merdeka.

Beliau meminta agar masyarakat menggunakan hari cuti umum dengan aktiviti berfaedah melalui penghayatan erti kemerdekaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu para remaja ambil kesempatan melakukan perkara tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya.

"Tolong hentikan perkara sebegini, namun sekiranya kegiatan ini (merempit) terjadi, kami tidak akan berkompromi dan telah bersiap siaga untuk mengambil segala tindakan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!